Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Cubaan junta ambil kerusi PBB disekat lagi

    YANGON/NEW YORK, 15 DIS – Sebuah jawatankuasa penting Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menyekat junta Myanmar daripada menduduki kerusi negara itu di PBB, dua diplomat PBB berkata kelmarin.

    Jawatankuasa kelayakan Perhimpunan Agung itu bertemu pada Isnin lalu dan menunda tindakan terhadap permintaan junta, diplomat-diplomat berkenaan berkata, bercakap dengan syarat tidak didedahkan nama sebelum pengumuman rasmi berkemungkinan lewat minggu ini.

    Keputusan itu bermakna Kyaw Moe Tun, yang merupakan duta Myanmar ke PBB apabila tentera menyingkirkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari 2021, akan kekal dalam jawatannya.

    Disember lalu, pemerintah-pemerintah tentera Myanmar juga gagal dalam usaha mereka untuk menggantikan Tun, yang kekal sebagai penyokong kerajaan terdahulu dan pembangkang Kerajaan Perpaduan Nasional, yang menentang junta.

    Chris Gunness, pengarah Projek Kebertanggungjawaban Myanmar yang berpangkalan di London, mengalu-alukan langkah itu dengan menyatakan bahawa ia “mempunyai kepentingan diplomatik dan simbolik yang besar, pada masa ketika pemimpin-pemimpin rampasan kuasa haram cuba mendapatkan pengiktirafan antarabangsa”. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...