Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Cubaan lepasi lebih 12,000km dalam 24 jam

    BANGKOK, 16 OGOS – Sekumpulan jet pejuang pasukan tentera udara Jerman hari ini menghampiri Singapura dalam cubaan maraton menerbangkan jet sekitar 12,800 kilometer (km) jaraknya dari pangkalan Jerman ke Asia Tenggara dalam masa 24 jam.

    Latihan itu dibuat pada masa ketegangan tinggi antara China dan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Taiwan serta menunjukkan keupayaan sebuah negara Eropah menggerakkan jentera tentera udara mereka secepat mungkin ke rantau itu.

    Kesatuan Eropah mendedahkan satu strategi baharu dalam September bagi meningkatkan hubungan ekonomi, politik dan pertahanan di Indo-Pasifik.

    Menteri Pertahanan Jerman, Christine Lambrecht memberitahu wartawan, meskipun perang di Ukraine adalah keutamaan mereka pada masa ini, misi Eurofighter menekankan bahawa Asia masih belum dilupakan.

    “Kita berada di pihak yang berdiri teguh dengan nilai-nilai sama seperti demokrasi, kebebasan dan keselamatan serta bersedia untuk menyumbang,” katanya ketika jet pejuang berlepas dari Neuburg, Jerman pada Isnin, agensi berita dpa melaporkan.

    “Fokus kita pada masa ini secara alamiahnya adalah ke bahagian timur, yang mana perang Rusia perlu dipersalahkan, namun kita juga akan memerhatikan rantau lain,” katanya. – AP

    Jet pejuang Jerman, Eurofighter bersedia untuk berlepas dari Pangkalan Udara Neuburg di Neuburg An Der Donau, Jerman kelmarin. Ia kini dalam percubaan melepasi jarak 12,800km dari sana ke Asia Tenggara dalam masa 24 jam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...