Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan seludup 47 kera gagal

    BANGKOK, 6 MAC – Pihak berkuasa Thailand mematahkan cubaan menyeludup 47 ekor kera selepas menahan sebuah pikap dalam satu pemeriksaan di Nakhon Ratchasima.

    Pengarah Jabatan Pemuliharaan Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) di Nakhon Ratchasima, Aram Thaphiran berkata pihak berkuasa telah memintas dua pikap kira-kira 12:10 pagi ini.

    “Hasil pemeriksaan, pegawai menemukan 47 ekor kera yang disembunyikan dalam enam sangkar plastik di belakang satu pikap dan menahan dua pemandu berusia 37 dan 43 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata pemandu berusia 37 tahun itu memberitahu polis haiwan itu akan dihantar ke wilayah Nong Khai, dekat dengan negara jiran Laos. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda