SEPANG, 26 JUN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 5,255 ekor anak kura-kura jenis Red Ear Slider ke India yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Khamis lepas, membabitkan penahanan dua warga India.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, anak kura-kura bernilai RM52,550 itu diletakkan di dalam 32 bakul kecil di dalam bagasi milik kedua-dua suspek dengan sebahagian daripadanya didapati sudah mati.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)