Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan seludup 6.5 tan kokain berjaya digagalkan

    MADRID, 27 OKT – Polis Sepanyol kelmarin mengumumkan bahawa mereka merampas 6.5 tan kokain dan menahan sembilan individu selepas menerima maklumat daripada pihak Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada serbuan ke atas sebuah kapal berhampiran Kepulauan Canary beberapa hari lalu.

    Dalam satu kenyataan, polis berkata dadah tersebut disembunyikan di ruang kargo kapal yang berdaftar di bawah bendera Tanzania dan berlepas dari Panama menuju ke Vigo, di barat laut Sepanyol.

    Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA), agensi persekutuan AS yang ber-tanggungjawab memerangi penyeludupan dadah, menyediakan ‘maklumat penting’ yang membolehkan operasi itu berjaya, menurut kenyataan itu lagi.

    Sepanyol merupakan antara pintu utama kemasukan kokain ke Eropah, hasil hubungannya dengan negara-negara Amerika Latin, di mana dadah itu dihasilkan, serta kedudukannya yang strategik di barat daya benua tersebut.

    Pada Oktober tahun lalu, polis Sepanyol mencatatkan rampasan kokain terbesar dalam sejarah negara itu apabila mereka menemui kira-kira 13 tan dadah tersebut yang disembunyikan dalam penghantaran buah pisang ke pelabuhan selatan Algeciras. – AFP

    Dadah kokain yang dirampas oleh pihak polis Sepanyol dalam serbuan ke atas sebuah kapal berhampiran Kepulauan Canary, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda