Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup 8 kotak daging tumpas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Cubaan menyeludup barangan tegahan berupa daging mentah berjaya dipatahkan oleh Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam Operasi Sepadu Taskforce di kawasan penurunan perahu, persimpangan Kampung Puni, Daerah Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan dikeluarkan PPDB di sini, barangan tegahan telah ditemukan semasa rondaan, dilonggokkan di kawasan hutan berhampiran. Hasil pemeriksaan mendapati barangan itu merupakan tujuh kotak daging mentah beku berjenama Allana, manakala sekotak lagi tanpa sebarang jenama.

    Kesemua barangan tegahan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut.

    Lapan kotak daging beku dirampas di Kampung Puni. – Gambar serahan PPBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...