Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup 9,690 peket minyak masak bersubsidi dipatahkan

    KOTA KINABALU, 13 JULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah mematahkan cubaan menyeludup keluar 9,690 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) ke negara jiran dianggarkan bernilai RM24,225.

    Pengarahnya Georgie Abas berkata dalam serbuan di Sungai Kolapis, Beluran semalam, pihaknya turut merampas 5,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 juga dipercayai untuk diseludup keluar.

    Katanya sebuah tangki dan sebuah kapal yang digunakan dalam kegiatan penyelewengan itu turut dirampas dalam serbuan yang dijalankan bersama Batallion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran, hasil risikan selama tiga minggu.

    “Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,904,975,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Georgie berkata seorang lelaki tempatan berumur 20an yang dipercayai penjaga kapal turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

    “Berdasarkan keterangan awal, penjaga kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...