Monday, October 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan seludup ayam, ikan mentah dipatahkan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya merampas 12 bungkusan kotak ayam dan dua bungkusan kotak ikan beku serta mentah di kawasan perairan berhampiran Jambatan SHOAS dalam satu pemeriksaan, kelmarin.

    Menurut kenyataan dikeluarkan PPDB, seorang lelaki warga asing berusia 36 yang merupakan pemandu perahu membawa barangan tegahan tidak diisytiharkan itu turut ditangkap.

    Suspek telah diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bersama barangan rampasan untuk siasatan lanjut.

    Sehubungan itu, PPDB menyeru dan menegaskan kepada orang ramai agar tidak terlibat ataupun bersubahat dengan mana-mana kegiatan ataupun anasir-anasir jenayah kerana kesannya akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya di hadapan muka pengadilan.

    Tugasan teras penguatkuasaan pihak polis sentiasa dijalankan dengan sepenuhnya meliputi segala aspek pengesanan, pembendungan serta pencegahan terhadap kegiatan-kegiatan yang berbaur jenayah di negara ini.

    Bungkusan ayam dan ikan beku yang dirampas oleh PPDB.
    Perahu yang digunakan untuk kegiatan menyeludup dirampas oleh PPDB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda