SIBU, 28 FEB – Polis merampas lebih 29,000 liter diesel bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup bernilai lebih RM63,000 dalam serbuan di sebuah premis penyimpanan di Jalan Ding Lik Kwong di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sibu ACP, Zulkipli Suhaili berkata 10 suspek berumur 30an hingga 50an yang terdiri daripada warga tempatan dan asing turut ditahan