Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan seludup minuman beralkohol digagalkan

    LABUAN, 4 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini telah menggagalkan percubaan menyeludup minuman beralkohol bebas cukai di pesisir Tanjung Klias Menumbok, Sabah.

    Pengarah APMM Labuan Kapten Nudin Jusoh berkata pasukan agensi itu yang menjalankan rondaan di perairan Labuan telah ternampak sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan menuju ke perairan Sabah.

    “Kejayaan serbuan itu adalah hasil operasi rondaan yang berterusan dan kerjasama orang ramai dalam membendung aktiviti penyeludupan.

    “Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai aktiviti itu, sebuah bot peronda dikerah ke lokasi kejadian dan mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Klias pada kira-kira 3 pagi,” katanya.

    Beliau berkata pasukan APMM segera menghampiri bot itu namun suspek berjaya melarikan diri dan meninggalkan barangan yang diseludup. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda