Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan seludup minuman keras digagalkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    TEMBURONG, 21 JAN – Dua warga tempatan ditahan baru-baru ini oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) atas kesalahan cuba membawa masuk barang tegahan dalam Operasi Tinjauan oleh Balai Polis Bangar, Temburong.

    Pada kira-kira jam 5 petang, hasil pemantauan mendapati sebuah kereta disyaki membawa barang tegahan. Setelah diperiksa, polis menemui tiga plastik besar yang mengandungi minuman keras.

    Operasi tersebut berjaya merampas 36 botol minuman keras, sementara pemandu, seorang warga tempatan yang tidak bekerja dan penumpangnya, seorang remaja tempatan, bersama barang tegahan telah diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan selanjutnya.

    PPDB mengingatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti jenayah dan melanggar undang-undang negara yang hanya mendatangkan kerugian kepada diri sendiri dan keluarga.

    PPDB akan terus giat membanteras dan mengekang kegiatan penyeludupan barang tegahan di negara ini.

    Sebuah kereta yang disyaki membawa barang tegahan.- GAMBAR SERAHAN PPDB
    Antara barangan tegahan yang berjaya dirampas oleh anggota PPDB. – GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda