Monday, December 23, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan seludup rokok RM1.47 juta dipatahkan

    ISKANDAR PUTERI, 1 JAN –  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih  bernilai RM1.47 juta  di Bay Pemeriksaan Wisma Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, pada 24 Dis lepas.

    Pengarahnya Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata hasil risikan pihaknya, sebanyak 52,500 karton rokok putih dikesan disembunyikan dalam sebuah kontena daripada negara China.

    Katanya kontena itu diikrarkan membawa muatan perabot dan duti kastam bagi rokok itu dianggarkan RM7 juta.

    “Dipercayai rokok seludup ini adalah untuk pasaran di Lembah Klang, ini kerana ejen yang menguruskan barangan dagangan itu berdaftar di kawasan itu (Lembah Klang),” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini. Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda