Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup tarantula ditumpaskan

    BOGOTA, 1 APR – Pihak berkuasa Colombia semalam merampas 143 ekor labah-labah spesies tarantula yang cuba diseludup masuk ke Mexico untuk dijual sebagai haiwan peliharaan.

    Menurut Sekretariat Alam Sekitar Bogota dalam satu kenyataan, labah-labah itu disimpan dalam bekas plastik yang disembunyikan dalam kotak catur.

    Ia kemudian disimpan di ruang kargo pesawat, menyebabkan 12 daripadanya mati akibat kesesakan nafas.

    “Penghantaran itu tidak mempunyai permit yang menunjukkan asal-usul haiwan berkenan dan pematuhan undang-undang berkaitan.

    Polis sedang menyiasat siapa ‘penghantar dan penerima’ haiwan itu,” kata agensi berkenaan.

    Pada November lalu, Kementerian Alam Sekitar merampas 232 tarantula yang mahu diseludup ke Eropah.

    Undang-undang haiwan dan pemuliharaan Colombia, antara negara dengan kepelbagaian biologi terbesar dunia, memperuntukkan hukuman jenayah dan denda yang tinggi, jika disabit kesalahan.

    Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi, tarantula dijual secara haram untuk memenuhi permintaan dalam perdagangan haiwan peliharaan, kerana ia jinak dan mempunyai pelbagai warna. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...