Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan ‘silap mata’ gagaL

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Mahkamah Majistret pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang warga tempatan berusia 51 tahun atas kesalahan mencuri dalam sebuah bangunan.

    Majistret, Syaffina binti Shahif mendapati tindakan Haji Azamain bin Haji Jumat @ Haji Yahya melakukan kesalahan pencurian dalam bangunan adalah diburukkan lagi kerana perbuatannya telah dirancang awal dan dia memiliki rekod lampau.

    Pendakwa, Ahmad Firdaus Mohammad mendedahkan di mahkamah defendan ke sebuah pasar raya di Jalan Lumapas, Kampung Kilugus pada 24 Februari, jam 8 pagi untuk membeli minuman.

    Defendan memasuki pasar raya berkenaan, mengambil minuman dan pergi ke juruwang untuk membayarnya apabila dia melihat sebuah telefon bimbit kepunyaan syarikat pasar raya itu yang tertinggal di atas meja juruwang.

    Dia kemudiannya menghampiri kaunter, meletakkan telefon bimbitnya sendiri di atas telefon bimbit tersebut dan menyelitkannya dari meja perlahan-lahan ke dalam poket seluarnya sebelum membayar minumannya dan meninggalkan pasar raya itu.

    Juruwang kemudian menyedari kehilangan telefon bimbit tersebut dan melihat melalui rakaman CCTV yang mendapati defendan mengambilnya.

    Juruwang itu membuat laporan polis berserta rakaman CCTV yang membawa kepada penahanan defendan dan penemuan semula telefon bimbit bernilai lebih $200.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda