Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Cuci tangki: Sebahagian kawasan alami gangguan air

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Gangguan bekalan air atau tekanan air rendah kemungkinan akan berlaku pada 18 Ogos ini, bermula jam 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Gangguan bekalan air atau tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyucian tangki Lambak Kanan 2 yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya hari ini.

    Oleh yang demikian, beberapa kawasan iaitu sepanjang Jalan Utama Berakas, Jalan 1, Jalan 2, Jalan 11, Jalan 12, Jalan 17, Jalan 31, Jalan Madang, RTB Madang dan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi.

    JKR turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Jabatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk berjimat cermat dalam penggunaan air dan menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tangki air atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...