Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Cucu atau denda AS$650,000

    DEHRADUN, INDIA, 12 MEI – Pasangan suami isteri di India mengheret anak lelaki mereka ke mahkamah bagi menuntut beliau dan isterinya memberikan mereka cucu dalam tempoh setahun atau membayar denda hampir AS$650,000.

    Sanjeev dan Sadhana Prasad berkata, mereka menghabiskan wang simpanan bagi membesarkan dan membayar pengajian anak lelaki mereka untuk menjadi juruterbang, selain membiayai majlis perkahwinan yang mewah.

    Sekarang mereka menuntut bayaran balik.

    “Anak lelaki saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun mereka masih belum merancang untuk mendapatkan anak. Jika kami ada cucu, kami dapat meluangkan masa bersamanya dan sekurang-kurangnya segala kesakitan kami, akan tertanggung,” katanya dalam petisyen yang difailkan di mahkamah Haridwar, minggu lalu.

    Pampasan yang mereka tuntut – 50 juta rupee – termasuk kos majlis perkahwinan di hotel lima bintang, sebuah kereta mewah bernilai AS$80,000 dan membayar percutian bulan madu pasangan itu di luar negara, lapor Times of India, hari ini.

    Menurut media itu lagi, pasangan tersebut turut mengeluarkan belanja AS$65,000 untuk menghantar anak mereka mengikuti latihan juruterbang di Amerika Syarikat (AS), namun beliau pulang ke India tanpa sebarang pekerjaan.

    “Kami juga terpaksa mengambil pinjaman bagi membina rumah dan kami kini berdepan masalah kewangan, selain terseksa dari segi mental kerana tinggal sendirian,” kata pasangan itu dalam petisyen mereka.

    Peguam pasangan itu, Arvind Kumar, berkata petisyen akan didengar oleh mahkamah utara India pada 17 Mei ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...