Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cucu Kris Dayanti dapat hadiah kereta mewah

    Kalau sudah lahir dalam keluarga yang berada, pastinya hadiah ulang tahun yang bakal diperoleh bukan biasa-biasa.

    Inilah yang terjadi kepada cucu sulung Kris Dayanti, Ameena Hanna Nur Atta yang menerima hadiah sebuah kereta Hyundai Staria yang berharga lebih RM277 ribu sempena ulang tahunnya yang kedua.

    Kereta tersebut merupakan hadiah daripada bapa Ameena, Atta Halilintar, yang melihat kereta tersebut sebagai satu keperluan untuk memudahkan perjalanan Ameena ke sekolah kelak.

    Kongsinya kepada media, “Ini pun permintaan mamanya juga kerana dia bekerja dan saya juga bekerja. Jadi anak-anak perlukan kereta sebesar ini kerana sudah mulai bersekolah.

    “Lagipun mamanya sudah memasukkan Ameena ke sekolah, jadi inilah hadiahnya.”

    Kereta Hyundai Staria yang memiliki lebih tujuh tempat duduk itu hadir dengan warna hitam menawan.

    Menurut Atta lagi, hadiah itu merupakan hadiah jangka panjang yang boleh digunakan sehingga dewasa.

    “Alhamdulillah, nanti 20 tahun ke hadapan tak perlu beli lagi. Untuk dia ke sekolah dan sampai bila-bila,” tambahnya lagi memetik laporan Media Hiburan.

    Apabila ditanya tentang pemberian yang sebegitu mewah untuk anak yang baharu berusia dua tahun, Atta ada sebab tersendiri. Baginya, pemberian tersebut sesuai dengan keperluan dan bermanfaat untuk digunakan. – Agensi

    Kereta tersebut sebagai satu keperluan untuk memudahkan perjalanan Ameena ke sekolah kelak. – Media Hiburan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda