Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cucunda Baginda Sultan terima ijazah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah hari ini berkenan berangkat ke majlis konvokesyen bagi anakanda, Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqib yang berlangsung di Winchester Cathedral, United Kingdom.

    YAM Pengiran Anak ‘Abdul Raqib telah dianugerahkan dengan ljazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Sukan daripada University of Winchester dan adalah merupakan anakanda ketiga yang berjaya memperolehi ljazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi di United Kingdom.

    Turut berangkat pada majlis konvokesyen tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim serta kerabat diraja.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan bergambar pada majlis konvokesyen YAM Pengiran Anak ‘Abdul Raqib. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda