Oleh Afiq Zainuddin –
Cucur pisang merupakan antara snek atau kudapan yang paling enak dimakan semasa sarapan pagi dan waktu minum petang.
Hidangan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat kitani, bukan sahaja digemari oleh orang dewasa malah kanak-kanak serta sedap dinikmati ketika masih panas.
Namun hanya hanya pisang tertentu sahaja yang sesuai untuk dijadikan pisang goreng.
Hidangan ini memang mudah didapati di restoran, gerai, pasar malam dan sebagainya.
Namun jika kita menghasilkan sendiri memang puas hati kerana dapat hasilkan cucur pisang yang rangup mengikut cita rasa masing-masing. Mungkin awda merasakan sajian ini mudah disediakan, namun jika tersalah teknik, cucur pisang yang dihasilkan akan berminyak serta lembik.
BAHAN-BAHAN
Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cucur pisang yang rangup adalah seperti dua cawan tepung beras, satu cawan tepung gandum, serbuk penaik, satu biji telur, 2-3 titik pewarna kuning, gula, majerin panas, minyak, air secukupnya dan pisang.
CARA PENYEDIAAN
Manakala cara untuk membuat pisang goreng adalah, mula-mula kupas kulit pisang dan bahagi kepada dua atau tiga bahagian. Setelah itu dalam mangkuk yang besar, masukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning. Selepas itu pecahkan telur dalam bekas yang berasingan dan pukul.
Kemudian panaskan dan cairkan majerin (boleh ganti minyak masak tetapi panaskan dulu).
Selepas itu bancuh pes kapur makan dengan sedikit air. Dalam adunan kering tadi masukan telur, air kapur dan air sedikit demi sedikit smpai larut dan sebati. Selepas itu masukkan majerin cair dan minyak bijan dan kacau hingga sebati.
Selepas itu panaskan minyak, celup pisang dalam adunan tepung dan goreng. Bila tepung dah mula keras, pisahkan pisang dan terbalikkan. Bila sudah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak dan ia pun sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
Sebagai tip tambahan, awda boleh menggantikan pewarna kuning dengan serbuk kunyit, tetapi kunyit akan bertukar merah jika campur dengan kapur makan.
Manakala, bancuhan perlu cair tetapi masih melekat jika celup dengan senduk atau jari.
Api pula jangan terlalu panas, ditakuti pisang perang tetapi tidak sempat garing, dan jangan terlalu perlahan ditakuti minyak tidak sempat panas dan minyak serap ke dalam tepung dan jangan alihkan masa awal masuk ditakuti tepungnya tertanggal.
Bahan-bahan:
o 2 cawan tepung beras
o 1 cawan tepung jagung
o 3 sb tepung gandum
o 1 biji telur
o 2-3 titik pewarna kuning
o 2-3 garam
o gula
o air kapur
o 1-2 majerin panas
o Atau ¼ cawan minyak masak panas
o Air secukupnya
o Pisang secukupnya
o Minyak untuk menggoreng
o 1½ minyak bijan (pilihan)