Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cucur udang rangup di luar

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Cucur udang boleh dihidangkan dan dimakan tidak mengira waktu, sama ada siang mahupun malam.

    Tetapi ia sering kali disajikan sebagai kudapan semasa minum petang.

    Pelbagai cara untuk membuat cucur udang dengan bahan utamanya adalah tepung, udang dan air.

    Bergantung pada bahan-bahan yang digunakan dan cara menggorengnya, awda boleh mendapatkan tekstur bahagian luar cucur udang biasanya garing dan rangup, sementara bahagian dalamnya pula lembut dengan potongan udang.

    Terpulang pada pilihan masing-masing, sesetengah orang lebih suka udang yang dikupas kulit dengan isi udang pula dicincang agar lebih meresap dan sebati rasanya bersama tepung dan bahan lain berbanding udang yang digoreng bersama kulitnya.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Selalunya cucur udang mudah didapati di restoran, gerai dan pasar malam serta lebih sedap jika membuatnya sendiri.

    Cucur udang yang masih panas boleh dimakan begitu sahaja atau dengan pelbagai jenis sos pencicah seperti sos cili, sos kacang atau sambal.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cucur udang adalah seperti 250 gram udang (bersihkan dan buang kepala jika mahu), 1 cawan tepung gandum, ½ cawan air (lebih jika perlu), 1 biji telur, 1 sudu makan serbuk penaik, 1 sudu teh garam, ½ sudu teh lada hitam atau secukup rasa, ½ cawan daun bawang yang dihiris halus dan minyak untuk menggoreng.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk menyediakan cucur udang adalah, mula-mula sediakan adunan dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung gandum serbuk penaik, garam dan lada hitam lalu gaul hingga rata. Kemudian campurkan telur dan air, pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan dan kacau hingga rata. Tambahkan air sedikit-sedikit sehingga adunan menjadi pekat, tetapi masih boleh dituang.

    Selepas itu masukkan udang dan daun bawang ke dalam adunan dan gaul hingga rata.

    Kemudian panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana, pastikan minyak cukup banyak untuk menggoreng cucur dengan sempurna. Kemudian ambil satu sudu besar adunan dan sendukkan ke dalam minyak panas. Goreng sehingga cucur berwarna keemasan dan garing, kira-kira 3 hingga 4 minit. Ulangi sehingga semua adunan habis.

    Setelah itu angkat cucur dan toskan di atas kertas dapur untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidang dan dijamu panas-panas bersama sos cili.

    Bahan-bahan:

    • 250 gram udang (bersihkan dan
    buang kepala, jika mahu)
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan air (lebih jika perlu)
    • 1 biji telur
    • 1 sudu makan serbuk penaik
    • 1 sudu teh garam
    • 1/2 sudu teh lada hitam (atau
    secukup rasa)
    • 1/2 cawan daun bawang (dihiris
    halus)
    • Minyak untuk menggoreng

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda