LOS ANGELES, 11 Julai – Floyd Mayweather telah meminta pihak berkuasa AS lebih masa untuk membayar bil cukainya pada 2015, tahun di mana pertarungan mewah bersama Manny Pacquiao.
Mayweather, yang keluar dari persaraan untuk bertarung dengan bintang UFC, Conor McGregor bulan depan, telah memohon agar dia dibolehkan untuk menyelesaikan cukainya selepas dia dibayar bagi pertarungan 26 Ogos nanti.
Pertarungan dengan McGregor dijangka memberikan Mayweather bayaran sembilan angka, menambah pendapatan kerjayanya yang sudah mencapai AS$700 juta menurut anggaran majalah Forbes.
Meskipun petinju berusia 40 tahun itu menerima bayaran sehingga AS$220 juta bagi pertarungannya dengan Pacquiao pada Mei 2015, satu tuntutan kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri telah dikeluarkan oleh Law360.com menyatakan bahawa aset Mayweather kebanyakannya ‘tidak cair’.
“Meskipun pembayar cukai mempunyai aset yang banyak, aset-aset itu terhad dan terutamanya tidak cair,” menurut petisyen itu.
Aliran tunai pasti akan meningkat selepas pertarungan dengan McGregor.
Mayweather bersara dari tinju selepas menewaskan Andre Berto pada bulan September 2015.
Namun dia keluar dari persaraan untuk berdepan dengan bintang UFC, McGregor, yang tidak pernah bertinju secara profesional. – AFP