Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Cukai minimum global Vietnam diluluskan

    HANOI, 29 NOV – Vietnam hari ini meluluskan cukai minimum global ke atas syarikat multinasional, mengakibatkan lebih 100 syarikat asing termasuk gergasi elektronik Samsung untuk membayar kadar yang lebih tinggi.

    Pada 2021, lebih daripada 130 negara yang menyumbang 90 peratus daripada ekonomi dunia bersetuju untuk memperkenalkan kadar cukai minimum global sebanyak 15 peratus bagi mengelakkan syarikat-syarikat besar mencari kadar rendah.

    Cukai pendapatan korporat Vietnam sudah pun ditetapkan pada 20 peratus, tetapi pada masa ini ia menawarkan kadar istimewa kepada pelabur asing besar.

    Hari ini, hampir 94 peratus ahli parlimen dalam Dewan Rakyat Vietnam bersetuju untuk memperkenalkan kadar baharu sebanyak 15 peratus.

    Le Quang Manh, ketua jawatankuasa kewangan dan belanjawan, menyatakan negara perlu memperkenalkan insentif baharu untuk kekal sebagai destinasi yang menarik bagi syarikat-syarikat asing.

    “Adalah perlu untuk mempunyai dasar sokongan pelaburan baharu supaya syarikat-syarikat boleh berasa selamat tentang persekitaran pelaburan di negara ini,” kata Manh, menurut laman web rasmi dewan rakyat.

    Menurut biro cukai Vietnam, kira-kira 122 kumpulan multinasional dengan pelaburan asing di negara itu akan terkesan oleh kenaikan itu, yang dijadualkan berkuat kuasa pada awal tahun depan. – AFP

    Sebuah kapal membawa pasir di Sungai Merah melepasi bangunan tinggi pada pagi yang berkabus di Hanoi pada 27 November lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...