Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Culik dua wanita Kanada, lapan suspek ditahan

    ACCRA, GHANA, 13 JUN – Para pegawai keselamatan Ghana menahan lapan suspek kerana disyaki menculik dua wanita muda Kanada di Kumasi, 280 kilometer di utara ibu negara itu, dedah Menteri Penerangan Kojo Oppong Nkrumah lewat semalam.

    Suspek terdiri daripada lima rakyat Ghana dan tiga rakyat Nigeria, yang ditahan oleh pasukan keselamatan yang menjalankan operasi bagi menyelamatkan mangsa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan menteri berkenaan.

    Bailen Chitty, 19, dan Lauren Patricia Catherine, 20, yang diculik pada 4 Jun, telah diselamatkan pada awal pagi semalam di Kenyasi berhampiran Kumasi, di mana mereka ditahan oleh penculik.

    Menurut menteri itu, suspek telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan namun berjaya dipatahkan, yang membawa kepada kejayaan menyelamatkan mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda