PARIS, 8 JUN – Lapan lelaki dibicarakan di Paris kelmarin atas tuduhan mencuri karya seni Banksy, yang dilukis di pintu tempat konsert Bataclan bagi menghormati 90 orang yang terbunuh dalam serangan pengganas 2015.
Tujuh defendan Perancis dan seorang Itali disyaki mengalihkan pintu besi dari bangunan itu sebelum subuh pada Januari 2019 dan mengangkutnya ke Itali.
Ia dilukis pada 2018 oleh artis jalanan Britain tanpa nama, memberikan nilai anggaran sehingga satu juta euro.
Menurut laporan, sebuah van putih dengan plat nombor ditutup dilihat berhenti pada 26 Januari lalu di sebuah lorong yang menuju di sepanjang jalan Bataclan di tengah Paris.
Orang ramai tidak lagi melalui lorong yang sama semenjak Bataclan menjadi titik tumpuan serangan terburuk Perancis sejak Perang Dunia Kedua, ketika serangan penganas kumpulan IS pada November 2015 membunuh seramai 130 orang di beberapa tapak di seluruh ibu negara.
Tiga daripada mereka yang dibicarakan, dalam lingkungan 30-an, mengaku mencuri ketika mereka ditangkap, namun dua daripadanya berkata bahawa mereka hanya menjalankan arahan dari seorang lelaki yang tidak menyertai semasa kejadian itu, Mehdi Meftah.
Meftah, 41, yang menemui jenama baju-T mewah yang dihiasi dengan jongkong emas 18 karat selepas mendakwa memenangi 7.5 juta euro dalam loteri, memberitahu polis bahawa rakannya Kevin G., yang turut dalam perbicaraan, menghadiahkannya karya Banksy itu tanpa diumumkan. – AFP