Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mencuri daripada majikannya dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Sri Wahdania, 23, yang bekerja dengan majikannya sejak November 2015 mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman kerana mencuri barang kemas, pakaian dan barangan peribadi di rumah majikannya di Jalan Sungai Tampoi, antara Januari dan Mei 2017.
Majikannya yang menyedari kebanyakan barangnya hilang telah bersemuka dengan tertuduh namun dinafikan olehnya.
Tidak berpuas hati dengan jawapan tertuduh, majikannya serta ahli keluarga yang lain pergi ke bilik tertuduh dan menemukan barang-barang yang hilang.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris.