Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Curi hasil jualan roti, penyelia kena 8 bulan penjara

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang pekerja warga Indonesia yang mencuri daripada majikannya.

    Pendakwa Raya Aeny Zulizam mendedahkan di mahkamah bahawa Heni Purwanti, 36, adalah penolong penyelia sebuah kedai roti.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni selanjutnya mendengarkan defendan memanipulasi sistem jual beli di kedai roti itu.

    Pada 13 Mac, defendan mengarahkan juruwang untuk tidak memasukkan jualan sebanyak tiga kali apabila pelanggan membuat pembelian pada hari tersebut.

    Defendan juga memastikan tiada rekod jualan dicatat dalam buku resit dan berjaya mengumpul sekitar $41 daripada jualan hari itu.

    Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar keesokan harinya apabila pihak pengurusan mendapati adanya percanggahan dalam jualan.

    Perbuatan defendan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai roti itu yang kemudian membantu siasatan polis apabila laporan dibuat.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...