Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi kereta: Tertuduh mengaku tidak bersalah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Lapan lelaki yang berdepan pertuduhan mencuri kereta di tiga daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Perantaraan.

    Harun bin Matusin, 32, Awangku Haji Radiman bin Pengiran Rahiman, 31, Muhammad Shariffudin bin Abdul Manaf, 29, Mohd Zulkarnain bin Abdul Manaf, 30, Mohd Khairul Shamry bin Mahali, 35, Mohd Zamry bin Abdul Samad, 29, Aminul Amri bin Haji Abdullah, 39, dan Mohamad Ezza bin Metali, 33 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni.

    Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada September dan Oktober 2019 di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait. Kes akan disebut lagi pada 24 Disember 2019 untuk menetapkan tarikh perbicaraan kesemua tertuduh.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah binti Ahmad dan Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda