Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi: Lelaki asing dipenjara 1 tahun 3 bulan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Mahkamah Majistret pada Sabtu lalu telah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun tiga bulan kepada seorang lelaki warga negara asing berusia 18 tahun setelah dia mengaku bersalah kerana melakukan beberapa siri pencurian di dalam kediaman dan bangunan.

    Defendan, Johanas Rajah anak Tading, didakwa melakukan empat pencurian di kawasan berasingan di Seria, Daerah Belait.

    Pemilik harta benda yang dicuri membuat laporan polis yang mana akhirnya menyebabkan tertuduh ditangkap.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memandang serius kes kecurian dari bangunan dan kediaman dan memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda