Sunday, July 13, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi mangkuk tandas emas, lelaki UK dipenjara dua tahun yang digantung

    LONDON, 20 MEI – Seorang lelaki berusia 37 tahun dikenakan hukuman penjara dua tahun yang digantung kelmarin kerana mencuri mangkuk tandas emas bernilai £4.5 juta (AS$6 juta) dari sebuah rumah Inggeris.

    Karya seni 18 karat itu telah dicuri dalam rompakan selama lima minit di sebuah pameran di Istana Blenheim tempat kelahiran Winston Churchill berhampiran Oxford pada September 2019.

    Frederick Doe, 37, dijatuhkan hukuman gantung selama 21 bulan selepas didapati bersalah pada Mac lalu kerana bersubahat memindahkan harta jenayah dan diarah menyelesaikan 240 jam kerja tanpa gaji.

    Hakim Ian Pringle berkata Doe telah menjadi orang tengah dalam rompakan itu.

    “Dia mempunyai peranan yang terhad, tidak mempunyai keuntungan peribadi, tidak mempunyai penglibatan yang lebih luas dan terlibat untuk tempoh yang singkat,” katanya.

    Karya seni tandas yang digelar ‘America’ ​​telah dicipta oleh pelukis Itali, Maurizio Cattelan dan telah dipamerkan sebagai salah satu tarikan utama di pameran di rumah abad ke-18 itu.

    Dengan berat 98 kilogram, ia diinsuranskan pada harga AS$6 juta dan dibuat dengan 20 kilogram emas bernilai sekitar £2.8 juta.

    Ia dicuri hanya beberapa jam selepas pesta pelancaran pameran yang terkenal oleh pencuri bersenjatakan tukul besi.

    Pendakwa raya berkata emas itu berkemungkinan dipecahkan atau dilebur dan dijual sejurus selepas kecurian. Bagaimanapun, emas itu masih belum diperoleh. – AFP

    Gambar fail bertarikh 16 September 2016 menunjukkan mangkuk tandas 18 karat, di tandas Muzium Solomon R. Guggenheim di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda