Friday, December 27, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi: Pekerja hotel dipenjara sebulan

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Seorang pekerja hotel yang mencuri wang dihukum satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof memutuskan hukuman itu terhadap Muhammad Hafizzan bin Zakaria, 27, yang mengaku bersalah mencuri wang berjumlah RMB1,000 milik tetamu hotel.

    Dalam menjatuhkan hukuman, Majistret Pengiran Hazirah berkata yang tertuduh menyalahguna kerjanya sebagai ‘housekeeping’ untuk mengambil kesempatan melakukan kesalahan.

    Menurut fakta kes, tertuduh pada pagi 28 Januari 2020 menekan loceng bilik tetamu hotel, dan apabila mendapati tiada jawapan, dia dan rakan sekerjanya memasuki bilik itu. Ketika membersihkan bilik, tertuduh ternampak beg tangan yang diletakkan atas meja.

    Dia melihat di dalam beg, dan mengambil RMB1,000 lalu menyimpan dalam poketnya.

    Wang yang hilang itu disedari tetamu hotel warga China sebaik dia memasuki biliknya selepas menikmati sarapan pagi.

    Tetamu hotel memaklumkan perkara itu kepada pengurusan hotel, yang kemudian membuat laporan polis.

    Sebelum ditangkap, tertuduh sempat menukar mata wang Yuan ke mata wang Brunei yang berjumlah kurang dari $200.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Mohammad.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda