Oleh Ak Zaki Kasharan – BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah kedai cuci kereta telah dijatuhi hukuman penjara empat bulan pada Khamis selepas dia mengaku bersalah mencuri telefon pelanggan. Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mengecam tindakan Tugio, 38, kerana telah melanggar amanah yang

