Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curi: Wanita tempatan dihukum penjara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Mahkamah Perantaraan hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan kepada seorang wanita tempatan atas kesalahan yang berkaitan dengan curi.

    Maslina binti Haji Metusin, 45, mengaku bersalah atas dua pertuduhan pecah rumah pada waktu malam dan satu pertuduhan mencuri sebuah kenderaan.

    Timbalan Pendakwa Raya Aeny Zullizam mendedahkan bahawa tertuduh melakukan pecah rumah pada waktu malam antara pukul 2 hingga 3 pagi pada 18 April di sebuah kedai yang terletak di Batu Satu untuk melakukan jenayah curi.

    Tertuduh kemudian pergi ke sebuah kedai makan yang juga terletak di kawasan Batu Satu di antara pukul 3 hingga 5 pagi untuk mencuri.

    Selepas berehat di kedai makan tersebut, tertuduhmembawa lari sebuah kereta penghantaran diletakkan berhampiran kawasan itu.

    Hakim Harnita Zelda Skinner selanjutnya mendengar bahawa tertuduh berjaya mencuri tiga buah periuk nasi dan sebuah kipas elektrik dari kedai pertama.

    Sementara itu dari kedai makan kedua, tertuduh mencuri sebuah kereta penghantaran, dua buah telefon bimbit, dua tin besar minyak goreng dan lima ekor ayam.

    Manakala seorang lagi tertuduh bersama, Saufi bin Seruji, 32 tahun, menafikan ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya bersama Maslina dan perbicaraan pada ketika ini masih sedang berjalan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda