Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curry bakal kembali – Kerr

    LOS ANGELES, 29 Nov – Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry akan kembali beraksi dari kecederaan menentang Piston di Detroit pada Sabtu ini, menurut jurulatih Steve Kerr.

    Kerr merehatkan Curry dari pasukan juara dua kali itu menentang pasukan Raptors di Toronto hari ini, biarpun fakta bahawa Curry sendiri ‘mahu untuk beraksi’. Dia berkata Curry, pulih dari kekejangan groin kiri dalam kekalahan kepada Milwaukee pada 8 November, dilihat ‘dalam keadaan hebat’ semasa latihan sejak dua hari lalu.

    Tetapi pasukan itu memutuskan untuk terus berhati–hati pada awal musim.

    “Jika ini perlawanan playoff, dia pastinya sudah beraksi,” kata Kerr. “Tetapi ia adalah November. Berhati-hati adalah perkataan pada hari ini.”

    Kerr berkata Curry merasa kecewa untuk tidak beraksi di Toronto, bukan hanya kerana Raptors pada masa ini memiliki rekod terbaik dalam NBA tetapi juga kerana dia memiliki memori bandar Kanada dari masa ayahnya, Dell Curry, yang beraksi di sana dari 1999-2002.

    Curry, Pemain Paling Bernilai NBA sebanyak dua kali, bermula dengan baik musim ini ketika Warriors merancang usaha mereka bagi gelaran ketiga NBA berturut–turut. – AFP

    Stephen Curry (kanan) meraikan kemenangan Warriors bersama Draymond Green ketika menentang Orlando Magic baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda