Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curry inspirasi kebangkitan Warriors

    LOS ANGELES, 30 Mac – Stephen Curry menjaringkan 29 mata menyaksikan pasukan Golden State Warriors kembali bangkit daripada defisit 22 mata untuk menyerahkan kekalahan ke atas San Antonio Spurs dengan kemenangan 110-98 semalam.

    Warriors, yang mungkin berdepan dengan San Antonio bagi merebut tempat ke final NBA apabila persaingan playoff dijalankan, dilihat menghadapi masalah ketika Spurs mendahului kedudukan 29-7 pada suku pertama.

    Tetapi Curry dan Klay Thompson menerajui usaha terbaik pasukan itu untuk mengangkat semula Warriors pada suku kedua, mendahului San Antonio dalam tiga mata pertama separuh masa.

    Warriors kemudian menukar gaya pada suku ketiga, meletakkan tekanan untuk mendahului 84-77 untuk menuju ke saat akhir perlawanan.

    Bermula dari sana, Warriors mampu untuk mengekang San Antonio, dan kemudian mencatatkan kemenangan menakjubkan.

    Kawhi Leonard (kanan) dari Spurs cuba melepasi kawalan pemain Warriors, Matt Barnes dalam separuh masa kedua aksi NBA. – AP
    Kawhi Leonard (kanan) dari Spurs cuba melepasi kawalan pemain Warriors, Matt Barnes dalam separuh masa kedua aksi NBA. – AP

    Jumlah mata daripada Curry termasuk empat ‘three-pointer’, jumlah jaringan yang disaingi oleh rakan sepasukan Klay Thompson yang mencatatkan 23 mata.

    Andre Iguodala (14) dan David West (15) juga menghasilkan jaringan dua digit bagi pasukan Dubs, yang memperbaiki kedudukan kepada 61-14 untuk mendahului Western Conference dengan selesa dari San Antonio, yang mencatatkan 57-17.

    Jaringan San Antonio diterajui oleh Kawhi Leonard dengan 19 mata, sementara bintang dari Sepanyol Pau Gasol mencatatkan 18 mata. LaMarcus Aldridge dan Danny Green juga menghasilkan jaringan dua digit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda