Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Curry julang Warriors benam Pelicans

    LOS ANGELES, 29 MAC – Golden State bangkit daripada ketinggalan 20 mata untuk menewaskan New Orleans Pelicans 120-109 semalam, dengan Stephen Curry menjaringkan 39 mata ketika Warriors mendahului Minnesota ke tempat keenam dalam Western Conference.

    Curry menjaringkan lima daripada lapan lontaran tiga matanya pada separuh masa kedua ketika juara NBA, Warriors bangkit, melepasi Pelicans untuk memenangi perlawanan yang dilihat kurang meyakinkan dan meningkatkan peluang mereka untuk mengelak kejohanan play-in untuk pasukan yang menduduki tempat ketujuh hingga ke-10 dalam setiap Conference.

    Bintang Golden State, Draymond Green dan pemain New Orleans, Brandon Ingram melakukan kesalahan teknikal berganda dengan baki 3:45 pada suku kedua selepas mereka perang mulut ekoran kekasaran Green terhadap pemain Pelicans itu.

    Pertembungan antara Green dengan Herbert Jones mencetuskan lagi tekanan, dan dengan 14 turnover pada separuh masa pertama yang mencabar, Warriors ketinggalan 17 mata pada separuh masa pertama.

    Mereka memulakan suku ketiga dengan jaringan 8-0 dan telah mengurangkan defisit kepada empat mata menjelang suku keempat.

    “Kami mula bermain dengan sepenuh hati dan intensiti,” kata Green mengenai perbezaan pada separuh masa kedua.

    Layup dilakukan oleh Jordan Poole pada awal keempat memberikan Warriors pendahuluan buat pertama kali sejak suku pertama, 95-94, dan mereka tidak ketinggalan lagi.

    Poole menjaringkan 13 daripada 21 mata pada suku keempat, dan Klay Thompson menambah 17 mata untuk Warriors. – AFP

    Reaksi Stephen Curry meraikan kemenangan semasa perlawanan menentang New Orleans Pelicans di Chase Center di San Francisco, California, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda