UNIVERSITI Curtin, Malaysia telah mencipta sejarah baru-baru ini berikutan kejayaan mereka melahirkan sejumlah 682 graduan pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di universiti tersebut. Bilangan graduan itu merupakan jumlah yang terbesar dalam tempoh 19 tahun terbinanya universiti itu.
Para graduan terdiri daripada 299 pelajar siswazah dan pascasiswazah dari Fakulti Perniagaan, 37 dari Fakulti Kemanusiaan, 338 dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains dan lapan dari Kampus Curtin yang lain. Majlis graduan itu diadakan dalam dua sesi, iaitu sebelah pagi, graduan Fakulti Perniagaan dan Fakulti Kemanusiaan manakala sebelah petang, Fakulti Kejuruteraan dan Sains.
Selain itu, 293 pelajar siswazah dari Fakulti Perniagaan telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, manakala enam pelajar pascasiswazah menerima Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Perniagaan, Perakaunan dan Pengurusan.
Seterusnya, 13 pelajar dari Fakulti Kemanusiaan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Massa dan 24 pelajar pula menerima kelulusan pascasiswazah dalam Pengurusan Projek.
Selain mencipta sejarah dalam melahirkan lebih banyak graduan, universiti ini juga mencatatkan bilangan tertinggi dalam graduan lepasan ijazah iaitu 60 orang dan 20 graduan dalam jurusan Doktor Falsafah. Curtin Malaysia telah melahirkan lebih daripada 5,500 graduan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999, termasuk 35 graduan dalam jurusan PhD sejak tahun 2011.


Sejajar dengan status Curtin Malaysia sebagai kampus antarabangsa terbesar dan cawangan Universiti Curtin di Asia, menumpukan tumpuan terhadap pelajar-pelajar antarabangsa dan tempatan dari seluruh dunia, kebanyakan pelajar yang menamatkan pengajian berasal dari pelbagai Negara, seperti Malaysia, Afghanistan, Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, China, Fiji, India, Indonesia, Maldives, Myanmar, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan juga Vietnam termasuk lima buah Negara di Timur Tengah dan empat pula di benua Afrika.
Naib Canselor Universiti Curtin, Deborah Terry dalam ucapan tahniahnya berkata bahawa kesemua graduan telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan memahami dengan mendalam tentang ilmu disiplin masing-masing, menghargai jangkaan profesion pilihan mereka dan kemahiran yang ada dalam diri mereka bakal melengkapkan diri mereka sebagai seorang pekerja yang berkelayakan.
“Sejajar dengan perkembangan dunia, para graduan harus menggunakan kelayakan mereka itu dengan bijak sama ada dalam profesion yang telah dipilih sekali gus menjamin kemakmuran ekonomi serta sosial di Negara dan daerah masing-masing,” tambah Naib Canselor itu lagi. Dia juga melahirkan harapan untuk menjadikan universiti itu sebagai sebuah rangkaian universiti terbesar dunia yang mempunyai lebih daripada 215,000 alumni.
Kini, Universiti Curtin telah diiktiraf sebagai sebuah universiti teratas di dunia mengikut laporan Peringkat Akademik Universiti Dunia (ARWU) pada tahun 2017 dan berkembang pesat dalam kedudukan rangkaian Universiti Curtin Antarabangsa dari mana-mana institusi pendidikan Australia lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Universiti tersebut menawarkan kursus dan pengajian yang diiktiraf di peringkat dunia dan kebanyakan kursus diiktiraf oleh badan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Jurutera Australia dan Majlis Akreditasi Kejuruteraan Malaysia untuk kursus kejuruteraannya serta Persatuan Peningkatan Sekolah Perniagaan Kolej (AACSB) dan badan-badan antarabangsa yang lain dalam kursus perniagaan.
Ditubuhkan pada tahun 1999 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Curtin Malaysia adalah sebuah kampus cawangan asing terbesar di dunia, terletak di sebuah kawasan yang berukuran 1,200 ekor di Miri, Sarawak, ia mempunyai persekitaran yang kondusif dan kemudahan yang komprehensif untuk pengalaman sebuah kampus yang saling lengkap melengkapi. Para pelajar telah dating dari 50 buah Negara yang berbeza, menjadikannya sebuah kampus yang beragam dengan kepelbagaian budaya malah staf akademik universiti tersebut telah didatangkan dari 15 buah negara.
Projek kejuruteraan ikonik Kuching
Tiga puluh pelajar Kejuruteraan Alam Sekitar dan Kejuruteraan Awam serta Kejuruteraan Infrastruktur Universiti Curtin Malaysia telah mengadakan lawatan selama dua hari, baru-baru ini di Kuching, Sarawak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek kejuruteraan utama dan keadaan infrastruktur di daerah berkenaan.

Para pelajar ditemani oleh pensyarah kanan, Dr Tang Fu Ee, Dr Tina Ting Chui Huon, Daniel Tang Kuok Ho dan Carrie Ho Lee Ing serta rakan-rakan penyelidikan pasca kedoktoran, Dr Sharon Yee Jia Huey. Antara empat lokasi yang dikunjungi oleh kumpulan itu ialah Barrage Kuching dan Shiplock, Loji Rawatan Pembetungan Kumbahan Kuching dan Tapak Pembinaan Gala City di Stampin.
Semasa berada di kawasan Barraga dan Shiplock, Kuching, para pelajar belajar tentang sejarah, operasi dan penyelenggaraan serta bagaimana ia digunakan dalam pengurusan banjir di Kuching. Mereka juga perlu melihat bagaimana tindakan kapal itu, melihat bagaimana ia melintasi sungai di Sungai Sarawak.
Sementara itu, di Loji Rawatan Pembetungan Kuching Sentral, para pelajar diberikan taklimat mengenai rangkaian pembetungan yang berpusat di Kuching dan beroperasi menggunakan sistem aliran graviti. Semasa lawatan itu, para pelajar dapat memerhatikan proses rawatan sisa air secara keseluruhan dan bagaimana cecair daripada rawatan dibuang ke dalam tanah lembap sebelum dibebaskan ke Sungai Sarawak.
Pelajar Kejuruteraan Alam Sekitar, Lee Kek Kin berkata bahawa kunjungan itu telah membantu dirinya untuk menghubungkan apa yang dia pelajari khususnya dalam operasi di kilang rawatan air. “Dengan memerhatikan operasi ini secara langsung, saya mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang keseluruhan proses rawatan air buangan,” katanya lagi.
Manakala di tapak pembinaan Gala City, para pelajar mempelajari tentang seni bina dan struktur yang pelbagai khususnya untuk pembangunan komersial dan kediaman bersepadu oleh kakitangan tapak pemaju dan perunding reka bentuk. Mereka ditunjukkan kawasan pusat membeli-belah, kedai dan pangsapuri serta kolam penahan bawah tanah sebagai tapak kawasan mengurangkan banjir.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pembinaan di Fakulti Kejuruteraan dan Sains, Universiti Curtin, Profesor Madya Muhammad Ekhlasur Rahman berkata bahawa pembelajaran pelajar di universiti itu tidak terhad kepada proses pembelajaran di dalam bilik kelas dan teater kuliah sahaja.
Lawatan lapangan dan lawatan industri sering dianjurkan supaya pelajar dapat memperoleh pendedahan kepada proses industri dan menghubungkan teori-teori yang diajar di dalam bilik darjah ke aplikasi kehidupan yang sebenar.
Curtin Malaysia menawarkan Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar yang melengkapkan pelajar dengan pengetahuan bersepadu dalam pelbagai bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan kimia, kejuruteraan awam dan kejuruteraan pembinaan serta banyak lagi.