MIRI, Malaysia, 29 Jun – Dua program perakaunan Universiti Curtin iaitu Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) dan Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan dan Kewangan), kini telah diiktiraf oleh Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales (ICAEW).
Menurut kenyataan yang diterima, hari ini, Pengiktirafan berprestij ini disertai dengan pemberian lima Kredit bagi Pembelajaran Awal (CPL) pada Peringkat Sijil.
Fakulti Perdagangan di Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) iaitu kampus antarabangsa terbesar Universiti Curtin dan pusat sejagat di Asia, juga menawarkan dua program.
Dalam pada itu, Pemangku Dekan Fakulti, Profesor Madya Pauline Ho berkata pengiktirafan tambahan itu yang muncul itu akan seterusnya mengukuhkan program perakaunan di Curtin Malaysia dan menggalakkan lebih ramai lagi pendaftaran dalam sektor pendidikan yang mana pengiktirafan program, pentauliahan dan ranking mata pelajaran adalah penting dalam membuat keputusan.
Dia berkata program perakaunan Curtin kini diiktiraf oleh lima badan profesional perakaunan utama iaitu CPA Australia, Pertubuhan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA), Institut Akauntan Pengurusan Berkaunan (CIMA), ICAEW dan Institusi Akauntan Awam Bertauliah Malaysia iaitu Akauntan Berkanun Australia dan New Zealand (MICPA-CAANZ).
Profesor Ho menambah bahawa dianugerahkan kredit CPL juga bermakna kerana Universiti Curtin adalah salah sebuah dari tiga Institusi Australia yang telah diberikan hak istimewa dan disenaraikan pada laman sesawang ICAEW CPL.
ICAEW mempunyai lebih 147,000 orang anggota dan lebih 15,000 tinggal dan bekerja di luar United Kingdom (UK). Pada tahun 2015, 8,256 orang pelajar telah menyertai ICAEW iaitu bilangan tertinggi. Sekitar 82 dari 100 syarikat FTSE, UK mempunyai Akauntan Piagam ICAEW dalam lembaganya.