BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan bahawa cuti khas bagi meraikan Sambutan Hari Guru ke-31 adalah diberikan kepada semua pelajar, guru dan pensyarah yang berkhidmat di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga sekolah swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama termasuk sekolah-sekolah antarabangsa pada 23 September ini.