Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuti sekolah lawat ladang kopi, rumah panjang

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 24 OGOS – Seramai 40 orang belia dan penduduk Mukim Ukong iaitu Kampung Ukong, Kampung Bukit dan Kampung Long Mayan telah memanfaatkan musim cuti persekolahan dengan mengikuti program lawatan sambil belajar ke dua lokasi menarik di Daerah Belait, baru-baru ini.

    Program sehari anjuran Biro Belia Majlis Perundingan Kampung (MPK) Ukong Daerah Tutong itu telah diketuai oleh Ketua Biro Belia MPK Ukong, Awang Mohamad Subhi bin Haji Julaihi dengan destinasi lawatan pertama mereka adalah Ladang Kopi Labi pada sebelah pagi.

    Rombongan meneruskan lawatan ke Rumah Panjang Mendaram Besar bagi mengenali budaya dan warisan warga setempat. – Gambar serahan Awang Mohamad Subhi

    Ikuti berita lanjut dalam Media Permata edisi Jumaat

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda