Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cutrone bantu Milan mara

    MILAN, 28 Dis – Pemain muda AC Milan, Patrick Cutrone menjaringkan gol sensasi pada masa tambahan untuk menyingkirkan Inter Milan daripada kempen Piala Itali, sekali gus gus menempah tempat bertemu Lazio di separuh akhir.

    Pemain berusia 19 tahun itu mencuri tumpuan pada minit ke-109 di San Siro selepas perlawanan masa sebenar berakhir dengan keputusan 0-0.

    Jaringan itu membawa Milan ke aksi timbal balik separuh akhir menentang Lazio yang menewaskan Fiorentina 1-0, semalam.

    Kejayaan itu memberi kelegaan kepada jurulatih baru Milan, Gennaro Gattuso yang menganggap pertembungan itu ibarat final Piala Dunia.

    “Bila difikirkan semula, semalam saya berada di Primavera dan sekarang bergembira di San Siro bersama penyokong yang hebat adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Cutrone yang dilayangkan kad kuning kerana menanggalkan jersi ketika meraikan jaringan selepas menyumbat gol.

    Gennaro Gattuso (tengah) bersama pemainnya Frank Kesse (kanan) selepas berjaya menewaskan Inter Milan di Stadium San Siro semalam. – AP

    “Saya fikir kemenangan ini bagus untuk moral kerana perlawanan dengan musuh setempat ini tidak boleh dianggap sebagai perlawanan biasa.

    “Sekarang kami mahu menikmati kemenangan ini dan bermula esok, kami akan memikirkan mengenai cabaran menentang Fiorentina.”

    Milan turun beraksi dengan menduduki tangga ke-11 saingan Serie A, 21 mata di belakang pendahulu Napoli.

    Ini sekali gus menjadikan Piala Itali dan Liga Europa menjadi gelanggang untuk mereka merebut kejuaraan musim ini.

    Bagaimanapun ia kekalahan ketiga berturut-turut buat Inter yang kini berada di tempat ketiga Serie A, lima mata di belakang pendahulu.

    Inter yang dikendalikan oleh Luciano Spalletti mula hilang rentak selepas bermula cemerlang musim ini dan memerlukan kemenangan menerusi sepakan penalti untuk mengatasi pasukan Divisyen Tiga, Pordenone pada pusingan terakhir.

    Inter lebih menguasai separuh masa pertama meskipun pemain Milan, Giacomo Bonaventura mempunyai peluang untuk memecah kebuntuan pada minit ke-18 apabila tandukannya ditepis keluar Samir Handanovic.

    Lima minit kemudian, Inter hampir menyamakan kedudukan selepas Ivan Perisic melakukan hantaran lintang dan Donnarumma menepis masuk ke gawang tetapi VAR telah mengesahkan bahawa Andrea Ranocchia berada dalam kedudukan offside.

    Ketika perlawanan diheret ke masa tambahan, Cutrone berjaya melepasi kawalan pertahanan Inter sebelum menyempurnakan bola hantaran Suso bagi membolehkan Milan berada dalam landasan terbaik untuk merangkul Piala Itali buat kali keenam sejak 2003.

    Sementara itu, penjaga gol Antonio Donnarumma membuat penampilan pertama dalam skuad utama ketika adiknya Gianluigi Donnarumma dan Marco Storari mengalami kecederaan.

    Perlawanan suku akhir yang lain akan berlangsung pada permulaan bulan depan yang menyaksikan Napoli akan berdepan Atalanta dan Juventus menerima kunjungan Torino. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda