Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cyberlynx, Southampton bekerjasama tawar program bola sepak

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Kolej Antarabangsa Cyberlynx, satu-satunya kolej di Malaysia yang menawarkan Diploma Pengajian Bola Sepak, menjalinkan kerjasama dengan Kelab Bola Sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Southampton, bagi menawarkan program pembangunan bola sepak profesional kepada pelajarnya.

    Kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan termeterainya perjanjian selaku Rakan Akademi Antarabangsa Kelab Bola Sepak Southampton di Malaysia.

    Kesemua pelajar di Cyberlynx, tanpa mengira kursus yang mereka ikuti, diberikan akses percuma kepada program pembangunan bola sepak profesional dalam Kelab Bola Sepak Cyberlynx, yang lebih dikenali sebagai Cyberlynx FC.

    Pengurus Besar Cyberlynx, Datuk Nathan Mahalingam berkata, pihaknya memilih Southampton FC kerana me-reka antara akademi bola sepak terbaik di United Kingdom (UK), dengan fokus kepada latihan bola sepak dan pendidikan, sama seperti apa yang Cyberlynx cuba dilakukan di Malaysia.

    “Jurulatih kita dan pelajar akan dapat manfaat besar daripada pengalaman dan kepakaran sejak bertahun-tahun yang ada pada Southampton FC, yang telah melahirkan pemain bola sepak peringkat tertinggi untuk banyak pasukan terbaik dunia,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    “Kerjasama ini akan membawa pendidikan bola sepak di Malaysia ke satu tahap baharu dan ia juga selaras dengan rancangan kami untuk menyediakan laluan kepada pemain kita yang berprestasi baik, untuk berlatih dan bermain di luar negara,” katanya.

    Kolej Antarabangsa Cyberlynx menawarkan pelbagai kursus diploma berkaitan Sukan, Perniagaan, IT dan Penguatkuasaan Undang-undang.

    Kolej yang ditubuhkan pada 2006 itu, menawarkan Diploma Pengajian Bola Sepak sebagai satu programnya dan ia merupakan satu-satunya kolej yang menawarkan program seumpamanya di Asia Tenggara.

    Nathan berkata mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Southampton yang bermain dalam EPL, menguruskan salah sebuah akademi bola sepak profesional paling berjaya dan terbaik di UK yang memfokuskan kepada pembangunan pemain dan pendidikan. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...