Cyberpunk 2077 kembali bersama PlayStation Store

TOKYO, 16 JUN – Permainan Cyberpunk 2077 akan kembali ke kedai penjualan PlayStation bermula minggu hadapan, Sony mengesahkan perkara tersebut hari ini, enam bulan selepas mereka menarik diri akibat beberapa masalah.

Permainan bertemakan dystopian itu dilaporkan merupakan salah satu permainan yang paling mahal pernah dibuat dan penjualannya sangat dinanti-nantikan, tetapi pengagihan diselubungi dengan masalah.

Pada Disember 2020, Sony berkata mereka menarik diri dari kedai penjualan PlayStation di seluruh dunia dengan menyatakan ‘kepuasan pelanggan’ selepas aduan beberapa kali mengenai gangguan, malahan risiko kesihatan.

Tetapi menurut CD Projekt Red kelmarin berkata Sony Interactive Entertainment akan ‘mengembalikan produk permainan itu yang akan dikeluarkan bulan ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Sony mengesahkan bahawa permainan tersebut akan disenaraikan semula.

Gambar fail menunjukkan iklan bagi permainan video Cyberpunk 2077 di kedai Sony, Tokyo – AFP

Tetapi ia memberi amaran bahawa ia mungkin masih menjadi isu dengan tajuk permainan jika ia dimainkan di PlayStation 4.

“Pengguna akan masih mengalami isu persembahan dengan edisi PS4 sementara CD Projekt Red terus memperbaiki kestabilan di kesemua platform,” kata Sony Interactive Entertainment.

“Sony menyarankan memainkan permainan tersebut di PS4 Pro atau PS5 untuk pengalaman yang lebih baik,” tambahnya.

Permainan yang turut dikeluarkan di Xbox One dan permainan komputer, menjadi pencapaian terhebat dan presiden kumpulan berkata ia akan melancarkan ‘pengajaran besar’.

Syarikat telah mengeluarkan siri pembaikan bagi menangani pelbagai isu dan dipaksa untuk menambah amaran selepas satu komen mengadu terdapat masalah pada permainan tersebut.

“Ini pengajaran yang besar buat kami, salah satu yang saya tidak lupakan – tetapi saya masih percaya kini tiba masanya untuk memandang ke hadapan,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif bersama Adam Kicinski berkata pada April ketika firma membuat tinjauan pada 2020. – AFP