Thursday, May 15, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Cyborgs’ papar erti sebuah perjuangan di Ukraine

    KIEV – Sebuah filem baru dari Ukraine yang dipanggil ‘Cyborgs’ telah menjadi filem pertama yang memaparkan peperangan berdarah menentang pemisah yang disokong Rusia, memfokuskan kepada peperangan yang berlaku di sebuah lapangan terbang yang begitu simbolik.

    Filem patriotik ini memberi gambaran pertarungan yang berlaku di lapangan terbang Donetsk, sebuah hab antarabangsa dan dibina semula sebagai bandar perindustrian timur, yang mana pada masa itu bersiap sedia untuk menganjurkan kejohanan bola sepak Euro 2012.

    Selepas konflik yang berlaku pada 2014, pemberontak telah merampas pusat kawalan Donetsk. Manakala pengepungan pasukan kerajaan dalam mempertahankan lapangan terbang itu selama lapan bulan telah menyaksikan pertempuran yang sengit, di mana kawasan terminalnya musnah teruk.

    Judul ‘Cyborgs’ adalah merujuk kepada nama yang diberikan kepada tentera yang bersembunyi di lapangan terbang tersebut, di mana mereka masih mampu bertahan daripada serangan kereta kebal walaupun hanya mempunyai bantuan logistik yang terhad daripada Kiev.

    “Wah, betapa hebatnya awak! Awak bukanlah manusia, awak berkemungkinan cyborg!”, kata seorang komander unit pada babak permulaan filem tersebut, sambil sekumpulan unit lainnya memilih untuk tinggal di dalam lapangan terbang yang sudah musnah dan menghadapi bahaya yang meragut nyawa.

    Filem patriotik ini memberi gambaran pertarungan yang berlaku di lapangan terbang Donetsk, sebuah hab antarabangsa dan dibina semula sebagai bandar perindustrian timur, yang mana pada masa itu bersiap sedia untuk menganjurkan kejohanan bola sepak Euro 2012.

     

    Sejak pelancarannya pada Disember lalu, ia telah memperoleh 22.2 juta hryvnias (AS$800,000, 640,000 euro) dalam carta box office dan telah menjadi filem Ukraine yang paling berjaya.

    Pengarah filem berusia 45 tahun, Akhtem Seitablayev memberitahu AFP bahawa filem itu mengisahkan tentang “lelaki bersenjata yang cuba untuk melindungi negara kami dan berkat daripada keberanian mereka, saya mampu bangun setiap pagi, mencium anak saya dan mencipta filem.”

    Sejak pelancarannya pada Disember lalu, ia telah memperoleh 22.2 juta hryvnias (AS$800,000, 640,000 euro) dalam carta box office dan telah menjadi filem Ukraine paling berjaya, yang mana dihasilkan bersama dengan pembiayaan negara itu.

    Beberapa tayangan telah diadakan di bandar-bandar yang dikuasai Kiev dalam zon konflik di timur negara itu. Namun ianya masih belum ditayangkan di Rusia.

    Filem ini masih belum mampu menampung keseluruhan bajetnya iaitu 42 juta hryvnias , separuh daripada pembiayaan negara itu tidak perlu dibayar balik.

    Adegan yang dipaparkan menunjukkan para sukarelawan termasuklah guru-guru sekolah, pelajar, jurutera dan juga pelakon, berperang bersama tentera profesional dan bergelut untuk mendapatkan air, makanan dan peluru yang terhad.

    Pengepungan yang dilakukan di lapangan terbang Donetsk selama 242 hari itu telah disamakan dengan pengepungan Stalingrad semasa Perang Dunia II, menurut media Ukraine.

    Lapangan terbang itu akhirnya jatuh kepada pihak pemberontak di mana 200 tentera Ukraine maut, manakala kumpulan pemisah pula dianggarkan sehingga 800 orang.

    Pejuang-pejuang Ukraine sebenarnya telah memberi inspirasi untuk beberapa watak yang dimainkan dan mereka juga bertindak sebagai pakar runding semasa penggambaran itu berlangsung.

    Salah satu watak utamanya adalah seorang komander unit, Serpen, yang sebahagiannya dimainkan oleh Andriy Sharaskin, seorang pelakon yang berada di barisan hadapan sebagai seorang sukarelawan.

    Terdapat dalam satu adegan, Serpen dan yang lainnya membuat panggilan yang menyentuh perasaan kepada orang kesayangan mereka semasa sedang menunggu menghadapi satu serangan utama.

    “Kami benar-benar mengucapkan selamat tinggal pada masa itu. Kami menelefon saudara-mara kami untuk buat kali terakhirnya,” kata Sharaskin, sambil mengingatkan perbualan telefon bersama dengan anak perempuannya.

    Akhtem Seitablayev semasa ditemu bual AFP di Kiev baru-baru ini. – AFP
    Ivanna Diadiura semasa ditemu bual AFP di Kiev baru-baru ini. – AFP

    Di tengah-tengah tragedi kemanusiaan itu, ‘Cyborgs’ juga memasukkan unsur-unsur jenaka semasa pertempuran berdarah itu sedang berlangsung.

    “Adakah awak sudah memanggil teksi untuk membawa kita ke lapangan terbang?” tanya seorang pegawai sambil meminta para tenteranya untuk menunggu pengangkut anggota bersenjata yang akan membawa mereka ke terminal, dengan peluang yang sangat tipis untuk pulang.

    Pengarah itu berkata bahawa dia telah tergerak hati untuk membuat filem tersebut selepas mendengar kisah-kisah daripada mereka yang telah mempertaruhkan nyawa mereka berjuang sebagai sukarelawan.

    “Sikap optimis dan pemahaman mereka yang begitu jelas kenapa mereka berada di sana, mampu menyumbang kepada kemunculan negara politik Ukraine yang baharu,” kata pengarah itu.

    Di akhir tayangan filem yang telah diadakan di Kiev itu, beberapa penonton tidak dapat menahan air mata mereka.

    “Tidak disangkakan yang saya menyukai filem ini. Kami sememangnya sudah terbiasa dengan filem-filem peperangan berunsurkan propagandistik, tetapi yang ini adalah begitu realistik,” kata salah seorang penonton, Kateryna Esmanova kepada AFP.

    Padat dengan dialog-dialog patriotisme, ‘Cyborgs’ nampaknya disasarkan kepada penonton-penonton warga Ukraine, namun bagi pengarah filem, Ivanna Diadiura, memberitahu AFP bahawa mereka mahu menayangkannya di festival filem antarabangsa.

    Ivanna Diadiura berkata dia percaya bahawa mesej-mesej yang disampaikan mampu memberi kesan kepada penonton-penonton yang menontonnya.

    “Bagi saya, ia seolah-olah kami mampu menyusun drama yang dimainkan dan ia bukanlah perang saudara,” kata Seitablayev.

    “Watak kami dituturkan dalam Bahasa Ukraine dan Rusia dan ini adalah sebuah peperangan mengenai pilihan ketamadunan antara masa lampau Soviet dan saya berharap, masa depan Eropah.”

    Pertempuran di Ukraine telah meragut lebih dari 10,000 jiwa sejak April 2014. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/