Thursday, December 5, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Da In jangka bersalin Februari 2024

    Pelakon Korea selatan, Lee Da In dilaporkan sedang hamil anak pertama selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Lee Seung Gi pada April lalu.

    Berita gembira itu disahkan oleh pihak pengurusan Da In iaitu Human Made menerusi satu kenyataan akhbar kepada media kelmarin.

    “Lee Seung Gi dan Lee Da In sedang menanti kelahiran anak pertama mereka pada tahun depan.

    “Kami berharap awda semua mendoakan buat pasangan ini,” kata kenyataan media berkenaan.

    Meskipun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kehamilan tersebut, Da In dan Seung Gi dilaporkan bakal menimang anak perempuan.

    Menurut laporan mStar, Da In dijangka bakal bersalin pada Februari tahun depan dan kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

    “Ketika ini Da In sudah mula memperlahankan karier seni dan fokus kepada kehamilannya dan dijangka bersalin pada Februari 2024,” kata sumber.

    Seung Gi dan Da In mendirikan rumah tangga pada 7 April lalu di sebuah hotel di daerah Gangnam selepas hampir tiga tahun bercinta. – Agensi

    Lee Da In hamil anak pertama. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda