PUTRAJAYA, 29 MAC – Produk antikoagulasi (antipenggumpalan darah) Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 miligram (mg) dan 150mg tidak berdaftar di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk itu, susulan laporan artikel dalam laman sesawang medscape.com bertajuk ‘Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen’ (Dabigatran ditarik balik kerana disyaki mengandungi karsinogen) yang diterbitkan pada 23 Mac lepas.
Artikel itu melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC melaksanakan proses menarik balik produk berkenaan secara sukarela hingga ke tahap pengguna, susulan pengesanan bendasing nitrosamine dalam produk tersebut yang melebihi tahap pengambilan harian boleh diterima (ADI) pada peringkat global.
“Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg and 150 mg tidak berdaftar di Malaysia. – Bernama