Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah bernilai jutaan dolar berjaya dirampas

    HONG KONG, 18 OKT – Dadah jenis methamphetamine bernilai jutaan dolar yang disembunyikan dalam transformer elektrik yang dihantar dari Mexico ke Australia telah dirampas di lapangan terbang Hong Kong, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Dadah seberat 76 kilogram ditemui pada Jumaat dalam sebuah kompartmen palsu dalam tiga buah transformer, menurut pegawai kastam Hong Kong. Dia berkata transformer itu kelihatan mencurigakan apabila mereka menjalankan imbasan X.

    “Kami hanya melihat struktur ringkas tetapi tidak dapat melihat komponen lain yang sepatutnya ada di dalamnya, seperti kabel bervoltan tinggi atau gegelung wayar,” kata inspektor kanan, Lam Kaishan kepada wartawan.

    Kastam Hong Kong menganggar-kan harga pasaran dadah itu bernilai AS$5.9 juta. Harga di jalanan mungkin akan meningkat kepada AS$43 juta di Australia, menurut kenyataan polis.

    “Kami sekarang sedang bekerjasama dan menjejak segala petunjuk untuk mengenal pasti siapa yang mengimportnya,” kata superintenden detektif, Timothy Underhill dari Polis Persekutuan Australia dalam satu kenyataan. “Seseorang dari Australia mesti mengetahui mengenai penghantaran ini, kami ingin menyoal siasat mereka.”

    Kenyataan dari Australia mengatakan pegawai Hong Kong menemui dadah selepas menerima maklumat risikan daripada polis Australia dan agensi lainnya. Kargo udara itu sepatutnya dihantar ke sebuah alamat di pinggir bandar barat Sydney, Blacktown, menurut kenyataan. – AP

    Dadah yang disembunyikan di dalam transformer elektrik berjaya dirampas oleh pihak berkuasa Hong Kong pada Jumaat lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda