Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Dadah bernilai lebih RM25 juta dirampas

KUALA LUMPUR, 3 JUN – Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah seberat 696 kilogram (kg) bernilai RM25.35 juta dalam serbuan di Selangor dan Kedah pada Khamis serta awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pada serbuan pertama di sekitar Selangor pukul 2:30 pagi Khamis, polis merampas dadah jenis syabu seberat 404.3kg, heroin (7.7 kg) dan pil ekstasi (35.3 kg) yang dianggarkan bernilai RM16.4 juta.

“Selain itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah bagi pasaran antarabangsa dan tempatan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan awal pagi tadi di Kedah dan Selangor, Ayob Khan berkata pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 25 hingga 39 tahun yang dipercayai terlibat aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah bagi pasaran tempatan.

Katanya dalam serbuan itu, polis merampas 248.7 kg dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM8.95 juta.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata sindiket terbabit aktif sejak hujung 2021 dan dipercayai mendapat bekalan dadah dari lokasi dikenali sebagai ‘Segi Tiga Emas’ (Thailand, Laos dan Myanmar) sebelum menjualnya untuk pasaran Indonesia.

“Modus operasi yang digunakan sindiket adalah menjadikan premis kediaman sebagai tempat menyimpan dadah sebelum diseludup ke negara jiran untuk pasaran antarabangsa dan diedar di pasaran tempatan,” katanya. – Bernama

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan sebahagian daripada 696 kilogram pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas hasil dua serbuan di Selangor dan Kedah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -