Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah bernilai RM425,544 dirampas, 71 ditahan

    KOTA KINABALU, 1 MAC – Polis menahan 71 individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM425,544 dalam tiga serbuan berasingan di bawah ‘ops ice breaker’ di Kampung Warisan, Kampung Bakau dan Kampung Air di sekitar sini dari 22 hingga 28 Februari lepas.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata dadah yang dirampas itu adalah 1,639.16 gram syabu; 2,662 gram ketamin; 1,020 gram pil ekstasi dan 306 gram pil eramin 5.

    “Seramai 71 individu itu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata daripada jumlah itu, 61 adalah warga tempatan

    manakala 10 lagi warga asing dan kesemuanya berumur 16 hingga 61 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda