Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dadah disembunyikan dalam replika arca Easter Island

    BANGKOK, 9 JUN – Pihak berkuasa Thailand telah merampas 200 kilogram dadah methamphetamine disembunyikan dalam replika arca Easter Island yang hendak dihantar ke Taiwan, polis berkata pada Khamis.

    Pegawai-pegawai dadah Thailand dengan kerjasama polis Taiwan menyerbu sebuah syarikat perkapalan di bandar pelabuhan Laem Chabang, kira-kira 50km tenggara Bangkok, untuk memeriksa enam arca yang diperbuat daripada simen dan kerangka logam.

    Pegawai-pegawai menggunakan alat pemotong sudut, tukul dan pahat untuk membuat lubang pada satu arca, mendedahkan dadah-dadah yang tersimpan dalam beg-beg plastik, menurut rakaman yang ditunjukkan kepada media.

    Khemmarin Hassiri, ketua divisyen hal ehwal luar Polis Diraja Thailand, memberitahu AFP bahawa dadah-dadah itu hendak dihantar ke Taiwan.

    Arca-arca berkenaan asalnya dihantar ke negara itu dari Taiwan pada lewat 2020 bagi pameran.

    Polis telah mendapatkan waran bagi suspek-suspek dadah warga Thailand dan Taiwan yang berkaitan dengan arca-arca berkenaan. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand, diambil pada 8 Jun dan diterima pada 9 Jun, menunjukkan replika arca-arca Easter Island dirampas oleh polis di Laem Chabang, kira-kira 50km tenggara Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...