Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah lebih 10kg dirampas

    KOTA KINABALU, 12 MEI – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 10.4 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM360,000 selepas menyerbu sebuah kenderaan di Taman Sri Rugading, Tuaran, baru-baru ini.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata suspek berumur 40 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 10 malam semasa berada dalam kenderaannya yang diserbu oleh anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

    “Apabila diperiksa, polis menemukan satu kotak berisi 10 plastik kecil yang dipercayai dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Beliau berkata siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan dihantar daripada Semenanjung menggunakan perkhidmatan kurier untuk pasaran di Sabah, dan polis masih memburu dua individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda